Cari Berita

Selasa, November 06, 2012

Munajat Kepada Alloh SWT


Ya Allah, kami bersyukur kepada-MU ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan kepada kami.Betapa bahagianya kami dengan nikmat Islam dan iman ini ya Allah. Maka kami pohonkan – Wahai Tuhan, jangan Kau cabut iman itu dari hati kami ya Allah. Jangan Kau hilangkan hidayah itu daripada hati kami ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami sedar dan insaf, sebagai manusia yang lemah, kami sering gagal dengan ujian keimanan. Kami sering menyalahkan taqdir ya Allah. Malah kami pernah menuduh bahawa Kau tidak berlaku adil kepada kami ya Allah, akibat musibah yang melanda kami. Kami sedar ya Allah, betapa kerdilnya hati ini, betapa kecilnya jiwa ini, hingga dengan ujian sekecil itu pun kami telah merasakan bahawa Kau telah biarkan kami sendirian.

Ya Allah, kami sedar dan insaf bahawa Kau tidak pernah membiarkan kami hidup bersendirian, kerana kami sedar Ya Allah, tanpa-Mu kami tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa-Mu kami tidak akan bakal memperoleh segala apa yang kami miliki hari ini ya Allah. Masukkanlah rasa syukur di hati kami. Masukkanlah rasa iman-taqwa di hati kami ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, tabahkan hati kami menghadapi segala ujian. Masukkanlah keyakinan di hati ini bahawa setiap ujian yang Kau berikan itu ya Allah, adalah untuk mengangkat martabat kami. Tidak sekali-kali untuk menghina kami ya Allah. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba-Mu yang sabar. Jadikanlah kami hamba-Mu yang syukur. Jadikanlah kami hamba-Mu yang redha kepada-Mu ya Allah, agar kami termasuk dalam golongan orang-orang yang redha dan Kau redhai.

Ya Allah ya Tuhan kami, sempurnakanlah keluarga kami. Sempurnakanlah Islam kami, sempurnakanlah akhlak kami. Janganlah Kau jadikan keluarga kami musibah untuk kami ya Allah. Kalau pun Kau ingin uji kami dengan mereka, ujilah kami dengan sesuatu yang dapat kami tanggung ya Allah.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, LUASKANLAH REZEKI KAMI, LAPANGKAN DADA KAMI, MUDAHKANLAH URUSAN KAMI, SEMBUHKANLAH PENYAKIT KAMI. YA ALLAH, MUDAHKANLAH URUSAN DUNIA AKHIRAT KAMI.

Ya Allah ya Tuhan kami, akhirnya kami mohon kepada-Mu, jangan Kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa ayah ibu kami ya Allah. Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami. Itulah ibu yang telah mengandung, melahirkan kami dengan penuh penderitaan. Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup, apatah lagi yang telah pergi.

Ampunkan dosa kami sebagai anak, ya Allah. Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka, kami pernah mengguris perasaan mereka, kami pernah menghina mereka, kami pernah mengkhianati mereka, kami pernah mengecewakan mereka. Ya Allah, jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukaan kami ya Allah. Lapangkanlah hati ini dengan Kau ampunkan segala dosa-dosa kami.

Ampunkan dosa seluruh keluarga kami. Ampunkan segala sahabat-sahabat kami. Ampunkan jiran tetangga kami. Ampunkan seluruh muslimin dan muslimat, ya Allah.

Angkatkanlah kedukaan ummat ini ya Allah. Angkatlah kesedihan ummat ini ya Allah. Jadikanlah kesedihan ini suatu kebahagiaan. Menangkanlah umat Muhammad. Hentikanlah segala musibah. Hentikanlah segala bencana menimpa umat Muhammad. Menangkanlah umat ini ya Allah, atas musuh-musuh kami. Hancurkan musyrikin kuffar. Hancurkan siapa saja ya Allah yang ingin menghancurkan agama-Mu.

Ya Allah, menangkan kami di dunia, menangkan kami di akhirat dengan syurga-Mu ya Allah. Muliakan kami di dunia, muliakan kami di akhirat ya Allah...

Amin... Amin Ya Rabbal Alamin.....

 
Sumber: Dr. Badrul Amin Bahron, Jangan Bersedih: Zikir Munajat